Watak Campfire Cooking in Another World with My Absurd Skill

Watak utama

Tsuyoshi Mukouda (向田剛志, Mukōda Tsuyoshi) / Mukohda (ムコーダ, Mukōda)Disuarakan oleh: Yoshimasa Hosoya[1] (drama CD), Yuma Uchida[2] (anime)Lelaki dewasa berusia 27 tahun yang mempunyai kemahiran memasak dan telah ditarik masuk ke dunia lain. Tsuyoshi memperkenalkan dirinya sebagai "Mukohda" di dunia baharu. Kebolehannya adalah "Pasar Raya dalam Talian" yang membenarkan dia membeli barangan Jepun dan dihantar cepat ke dunia baharu. Dia juga menjadi tuan kepada binatang legenda " Fenrir ".Fel (フェル, Feru)Disuarakan oleh: Tomokazu Sugita[1] (drama CD), Satoshi Hino[2] (anime)Seekor Fenrir dan pendamping Mukohda. Ia merupakan binatang legenda yang menyerupai serigala yang telah hidup beratus tahun. Ia memiliki kekuatan yang luar biasa dan mampu mengalahkan kebanyakan raksasa. Ia sangat menyukai daging.Sui (スイ)Disuarakan oleh: Misaki Kuno[1] (drama CD), Hina Kino[2] (anime)Lelendir yang menjadi pendamping kedua Mukohda. Ditemui sejak bayi, Sui berkembang sepanjang siri ini dengan menimba pengalaman melalui pertempuran dan makan sampah daripada pembelian Pasar Raya Dalam Talian Mukohda. Walaupun secara umumnya, lelendir dianggap lemah, namun Sui berbeza. Ia mampu mencairkan musuh dengan peluru asid, serta mencipta ramuan dan senjata. Berperwatakan seperti kanak-kanak, ia menikmati pencuci mulut dan tidak menyukai makanan pedas.Dora-chan (ドラちゃん)Disuarakan oleh: Hiro Shimono (drama CD)Seekor naga pixie dan pendamping ketiga Mukohda. Ia sangat kecil, tetapi mempunyai sifat gagah dan sombong. Ia mampu terbang pada kelajuan yang melampau dan memegang sejumlah besar kuasa ajaib. Walaupun menjadi seekor naga dewasa, ia telah dinamakan dengan gelaran -chan oleh Mukohda kerana saiz dan kecomelannya, yang amat mengecewakan Dora. Makanan kegemarannya ialah puding Jepun.Old Man Gon (ゴン爺, Gonjii)Naga purba dan pendamping keempat (dan sementara) Mukohda. Setelah hidup selama beberapa milenium, ia adalah saingan lama Fel dan salah satu daripada beberapa makhluk yang mampu melawannya. Gon serupa dengan Fel dalam sifat rakus, angkuh, dan degil, menyebabkan kedua-duanya sering bertekak. Sama seperti Dora, ia diberi nama yang memalukan oleh Mukohda. Tingginya kira-kira dua puluh tingkat, tetapi boleh mengecil sesuka hati.

Rujukan

WikiPedia: Campfire Cooking in Another World with My Absurd Skill http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/manga... http://over-lap.co.jp/narou/865541670/ http://blog.over-lap.co.jp/gardo20180823_1/ http://blog.over-lap.co.jp/tondemoskill8cd/ https://www.anime-planet.com/anime/campfire-cookin... https://www.animenewsnetwork.com/feature/2020-11-2... https://www.animenewsnetwork.com/news/2019-02-04/j... https://www.animenewsnetwork.com/news/2019-03-16/j... https://www.animenewsnetwork.com/news/2020-04-17/j... https://www.animenewsnetwork.com/news/2022-09-09/j...